Kedai servis kereta musnah sepenuhnya di Taman Cheras

SEBUAH kedai servis kereta di Jalan Kaskas 2, Taman Cheras, Kuala Lumpur, musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi yang turut melibatkan 10 kenderaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS NG999 pada jam 2.13 petang sebelum menghantar pasukan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, TPgB II Md Fuad Selamat, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 2.14 petang dan mendapati kebakaran berlaku di kedai servis kereta berkenaan.

“Kawasan kebakaran dianggarkan berkeluasan 30 x 70 kaki dengan kemusnahan kira-kira 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.44 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.51 petang,” menurut kenyataan tersebut.

Katanya, seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras serta bantuan BBP Bandar Tun Razak digerakkan ke lokasi kejadian.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit siasatan kebakaran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here