Sekolah agama musnah dalam kebakaran

SEBUAH sekolah agama PASTI dua tingkat berhampiran Klinik Desa Gajah Mati, Sungai Tiang, Kampung Charok Kudong, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10 pagi.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang diketuai Penolong Penguasa Bomba Ahmad Huzaini Halil tiba di lokasi tidak lama kemudian sebelum dibantu pasukan BBP Jalan Raja.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sekolah agama PASTI dua tingkat dengan anggaran kemusnahan bangunan sebanyak 80 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan membabitkan lapan anggota BBP Pendang dan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.27 pagi.

“Turut musnah dalam kebakaran adalah dua motosikal iaitu Honda Wave dan Yamaha Lagenda dengan peratusan kebakaran 90 peratus,” menurut kenyataan itu.

Tiada mangsa dilaporkan berada di premis berkenaan ketika kebakaran berlaku.

Kerja-kerja overhaul dijalankan anggota bagi memastikan tiada bara api masih menyala sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.18 tengah hari.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here