PM terima kunjungan Menteri Wakaf Mesir, perkukuh hubungan dua negara

MALAYSIA dan Mesir akan terus memperkukuh hubungan dua hala yang sekian lama terjalin, khususnya dalam bidang pendidikan, keilmuan dan pembangunan ummah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Wakaf Mesir, Al-‘Allamah Sheikh Dr Usama al-Sayyid al-Azhari, hari ini.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, pertemuan itu turut membuka ruang pertukaran pandangan mengenai hal ehwal Islam serta kebajikan dan pendidikan anak-anak Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir.

“Pertemuan ini turut memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai hal ehwal Islam dan pendidikan anak-anak Malaysia di Mesir.

“Kerajaan Malaysia sentiasa memberikan perhatian terhadap perjalanan ilmu mereka, dengan harapan agar kelak mereka kembali menyumbang kepakaran dan ilmu kepada masyarakat serta tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, Sheikh Dr Usama turut menyampaikan salam persahabatan daripada Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, selain penghargaan atas sambutan mesra sempena lawatan beliau ke Malaysia pada 9 Oktober lalu.

Anwar berkata, hubungan erat Malaysia-Mesir yang berteraskan tradisi keilmuan, ukhuwah dan sikap saling menghormati perlu terus dipelihara serta diperkasakan.

Beliau turut menghargai kerjasama berterusan kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan ummah.

“Semoga persahabatan Malaysia-Mesir terus mekar dan menjadi jambatan ilmu serta kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here