Johan desak Kor Ming minta maaf kepada wartawan

TINDAKAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang mempersoalkan pertanyaan seorang wartawan ketika sidang media bagi mengumumkan projek pencahayaan bandar ‘I Lite U’ , kelmarin turut dikesali oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.

Sehubungan itu Johan mendesak Kor Ming meminta maaf kepada wartawan berkenaan dan komuniti wartawan seluruhnya.

”Wartawan berhak menanyakan sebarang soalan dan sebagai menteri, Nga Kor Ming sepatutnya memberikan jawaban yang baik, munasabah dan tidak angkuh. Cara beliau memberi reaksi kepada soalan mudah dan tanpa provokasi itu amat dikesali. Beliau juga tidak seharusnya mengugut akan menghubungi ketua pengarang wartawan berkenaan,” tegas beliau.

Johan berkata, tindakan Kor Ming menambah lagi masalah komunikasi yang semakin lemah di antara kerajaan dah media dan ia  jelas bertentangan dengan prinsip keterbukaan dan toleransi terhadap media yang disuarakan oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Menteri tidak boleh dilihat menggunakan kuasa dan kedudukan untuk membuli wartawan. Apatah lagi mengintimidasi mereka. Wartawan sepatutnya dihargai dan dihormati profesyen mereka dan bukan dipersoal dan diugut,” katanya.

Beliau berkata, sebagai mantan Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) beliau tidak dapat menerima kewajaran ungkapan Bahasa Inggeris digunakan untuk sebarang kempen peringkat nasional.

”Sekadar menceriakan wajah kota kita sempena Tahun Melawat Malaysia tahun 2026 tidak memerlukan ungkapan “I Lite U”, ” katanya.


 

UNDILAH

[socialpoll id=”2974793″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img