Pramugara terlajak aktifkan gelongsor kecemasan pesawat, syarikat penerbangan rugi besar

SEORANG pramugara Delta Air Lines secara tidak sengaja mengaktifkan gelongsor kecemasan pesawat sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh (PIT), Amerika Syarikat hujung minggu lalu, menyebabkan penumpang terpaksa menempah semula penerbangan.

Ia turut menyebabkan syarikat penerbangan itu menanggung kerugian sebanyak AS$200,000 (kira-kira RM940,000).

Memetik laporan United Press International (UPI), penumpang yang dijadualkan ke SLC (Lapangan Terbang Antarabangsa Salt Lake City) menaiki pesawat Airbus A220-300, menaiki penerbangan lain pada malam Sabtu dan pagi Ahad.

“Ketika pintu pesawat dibuka, kru secara tidak sengaja mengaktifkan gelongsor kecemasan di pintu pelepasan di PIT,” kata jurucakap Delta Air Lines dalam satu kenyataan.

“Akibat kejadian itu, penumpang dalam penerbangan pulang dari PIT ke SLC ditempah semula ke penerbangan Delta lain ke destinasi mereka pada lewat petang itu atau keesokan paginya,” katanya.

Kesilapan mahal itu dianggarkan menelan kos kira-kira AS$200,000 (kira-kira RM940,000) kepada syarikat penerbangan bagi menampung penginapan hotel penumpang dan kerja membungkus semula gelongsor kecemasan yang boleh menelan kos AS$12,000 (kira-kira RM56,400), menurut laman web penerbangan simplifying.com.

Bagaimanapun, sumber industri lain menganggarkan kos untuk membungkus semula gelongsor kecemasan pada model Airbus A220 antara AS$50,000 (kira-kira RM235,000) hingga AS$100,000 (kira-kira RM470,000)

Pramugara terbabit memaklumkan kepada penumpang bahawa dia mempunyai 26 tahun pengalaman penerbangan dan mengakui tidak sengaja menyebabkan gelongsor kecemasan itu mengembang.

“Dia meminta maaf dan kelihatan sangat bingung sambil menyatakan bahawa sepanjang 26 tahun kerjayanya, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku,” kata seorang penumpang.

Gelongsor kecemasan direka untuk mengembang sepenuhnya dalam beberapa saat bagi membolehkan penumpang keluar ke tempat selamat secepat mungkin.

Dalam kes ini, gelongsor itu mengembang dan terkena jambatan udara menyebabkan penumpang terperangkap di dalam pesawat selama lebih sejam sementara jurutera berusaha untuk membukanya.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img