PRN Sabah: GRS dijangka umum calon 11 atau 12 November

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 11 atau 12 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu pengumuman.

“Pengumuman calon saya akan buat mungkin sekitar 11 atau 12 hari bulan (November), tiga atau empat hari sebelum penamaan calon,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan watikah Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 4.0 kepada 42 anak muda di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 November ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, terdapat individu tidak berpuas hati kerana tidak disenaraikan sebagai calon dan bertindak keluar parti, namun mereka sepatutnya memperjuangkan kepentingan parti terlebih dahulu.

“Kita perlu mempunyai kualiti dan tidak sepatutnya merajuk serta meninggalkan parti hanya kerana tidak mendapat (jadi) calon,” katanya.

Beliau berkata, manifesto GRS pula dijangka dilancarkan satu atau dua hari selepas penamaan calon.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img