Tiga lelaki dicekup, disyaki terbabit samun dan ragut warga emas

TIGA lelaki tempatan diberkas polis selepas disyaki terbabit kejadian samun ragut warga emas di Nilam Puri, Kota Bharu, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff memberitahu, kejadian pada pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika mangsa, wanita berusia 69 tahun hendak melintas jalan.

“Mangsa dihampiri dua lelaki yang menaiki motosikal sebelum pembonceng motosikal terbabit turun dan merentap beg tangan milik mangsa.

“Warga emas itu cuba mendapatkan semula beg tangannya, namun dia terjatuh di tepi jalan. Kedua-dua suspek melarikan diri,” jelasnya, lapor Berita RTM.

Wan Ruzailan berkata, bertindak pantas atas maklumat diterima, pasukan dari Balai Polis Nilam Puri berjaya menahan seorang lelaki tempatan, iaitu pemilik motosikal yang digunakan suspek ketika kejadian.

Menurut beliau, penahanan dibuat pada pukul 7.53 malam Isnin.

Susulan penangkapan itu, polis kemudian menahan dua lagi lelaki yang dipercayai rakan suspek pertama.

“Hasil saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphemine.

“Kesemua suspek yang berumur antara 20 hingga 30 itu direman tujuh hari sehingga 10 November ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img