Lima pelajar universiti lemas dihanyutkan arus deras di Jawa Tengah

LIMA pelajar universiti Indonesia lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti tubing (berkayak tiub) di Jawa Tengah, menurut seorang pegawai hari ini.

Mangsa yang kesemuanya berusia 21 tahun merupakan antara 15 pelajar dari Universiti Islam Negeri Walisongo di Semarang yang menyusuri Sungai Genting Jolinggo di Kampung Getas, Daerah Singorojo, Kabupaten Kendal petang semalam.

“Hujan lebat di kawasan hulu sungai menyebabkan arus semakin deras dan menghanyutkan kumpulan itu ke hilir sekitar 1.53 tengah hari waktu tempatan,” menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kendal dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama.

Pasukan penyelamat kemudian menemukan mayat lima mangsa, masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan, manakala usaha mencari seorang lagi pelajar yang masih hilang sedang diteruskan.

“Pasukan mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk tempatan sedang berusaha gigih mengesan mangsa yang masih hilang,” kata penyelaras lapangan BPBD Kendal, Ahma Garlih.

Sembilan lagi pelajar yang menyertai program khidmat masyarakat universiti itu berjaya menyelamatkan diri.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img