Jambatan Hongqi di China runtuh selepas beberapa bulan dibuka

SEBUAH jambatan sepanjang 760 meter di wilayah Sichuan, China musnah akibat tanah runtuh hanya beberapa bulan selepas ia disiapkan, menurut portal berita Sky News.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba apabila sebahagian besar struktur jambatan itu runtuh ke dalam sungai berhampiran.

Tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini, namun usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada keretakan besar pada bahagian cerun gunung akibat peningkatan tekanan air kesan daripada pertambahan takungan air di Empangan Shuangjiangkou.

Faktor berkenaan dipercayai telah melemahkan kestabilan tanah dan batuan di kawasan tersebut.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menutup sementara semua laluan berhampiran jambatan itu selain mengarahkan penduduk sekitar berpindah ke kawasan selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

Empangan Shuangjiangkou yang merupakan antara empangan terbesar di China kini dalam pemerhatian ketat oleh pasukan kejuruteraan dan keselamatan negara bagi menilai tahap risiko lanjut.

Sementara itu, jurucakap kerajaan wilayah Sichuan memaklumkan, pasukan teknikal sedang menilai tahap kerosakan dan akan mengambil langkah segera untuk mengukuhkan struktur infrastruktur berhampiran bagi mengelak kejadian berulang.

Jambatan Hongqi dibina awal tahun ini sebagai sebahagian usaha untuk menghubungkan Sichuan dan Plato Tibet. Malangnya, bencana itu menjejaskan sebahagian besar struktur yang baru dibina tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img