Israel bunuh komander kanan Hezbollah, Haytham Ali Tabatabai di Lebonan,

Hezbollah mengesahkan bahawa komander kanan tenteranya, Haytham Ali Tabatabai, terbunuh dalam satu serangan udara Israel di ibu negara Lebanon.

Tabatabai, Ketua Staf sayap bersenjata kumpulan itu, termasuk dalam sekurang-kurangnya lima mangsa yang terkorban apabila sebuah blok pangsapuri di kubu kuat Hezbollah di Dahiyeh, Beirut selatan, diserang pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Hezbollah berkata bahawa “komander agung” Tabatabai maut dalam “serangan khianat Israel di kawasan Haret Hreik di selatan Beirut”, tanpa memperincikan jawatannya dalam organisasi tersebut.

Tabatabai merupakan komander Hezbollah paling kanan yang terbunuh sejak bermulanya gencatan senjata November 2024 yang bertujuan menamatkan lebih setahun permusuhan antara kedua-dua pihak.

Tentera Israel dalam kenyataannya berkata mereka telah “menghapuskan” Tabatabai dalam serangan itu, manakala pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum itu menyatakan bahawa beliau adalah sasaran utama operasi tersebut. Media Israel melaporkan serangan ini merupakan percubaan ketiga untuk membunuhnya sejak perang tahun lalu.

Pegawai kanan Hezbollah, Mahmoud Qmati, sebelum itu berkata serangan Israel tersebut telah “melintasi garisan merah”, dan kepimpinan kumpulan itu sedang mempertimbangkan bentuk tindak balas.

“Serangan di selatan Beirut hari ini membuka ruang kepada peningkatan serangan di seluruh Lebanon,” katanya.

Tabatabai dilahirkan pada tahun 1968 di Beirut, hasil perkahwinan ibu warga Lubnan dan bapa warga Iran. Beliau membesar di selatan Lubnan dan menyertai Hezbollah pada usia 12 tahun.

Kementerian Kesihatan Awam Lebanon berkata bahawa serangan Israel itu turut mencederakan 28 orang.

Agensi Berita Nasional Lebanon (NNA) melaporkan dua peluru berpandu dilepaskan ke arah bangunan pangsapuri di Jalan al-Arid di Haret Hreik, mengakibatkan kerosakan besar pada kenderaan dan bangunan di sekitarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img