Jawi siasat jualan brek cakera motor lucah

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang menjalankan siasatan mengenai kewujudan pihak yang mengeluarkan dan menggunakan komponen brek cakera atau disc brake motosikal dengan lambang lucah.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah jabatan itu, Hanifuddin Roslan berkata, tindakan itu diambil susulan sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama Shinji Nagato yang menimbulkan kebimbangan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata lokasi pengeluaran barangan berkenaan masih tidak diketahui.

“Sehubungan itu, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut dan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana ia melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan bertentangan dengan tatasusila rakyat Malaysia,” katanya, lapor Bernama.

Jawi turut menasihati pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan sebarang lambang lucah pada produk atau barangan kegunaan mereka.

Baru-baru ini, pengguna media sosial berkenaan berkongsi video di TikTok yang memaparkan brek cakera motosikal bersimbol lucah dan meminta Jawi mengambil tindakan sewajarnya.

Video yang dikongsi dalam aplikasi itu memaparkan imej brek cakera motosikal dengan simbol lucah, sekali gus mencetuskan kebimbangan masyarakat dan desakan agar tindakan segera diambil.

JAWI menegaskan bahawa penggunaan simbol tidak senonoh bukan sahaja mencemarkan imej produk, malah bertentangan dengan nilai moral dan budaya masyarakat Malaysia.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img