Pesara polis ditemukan meninggal dunia dalam rumah

SEORANG pesara polis ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Katil, Melaka kelmarin selepas jiran terhidu bau yang mencurigakan dari kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS999 kira-kira jam 6.30 petang, sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba kemudian dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan, sebelum menemukan lelaki berusia 64 tahun itu dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah.

“Pemeriksaan awal yang dijalankan pegawai penyiasat dan pihak Hospital Melaka mendapati lelaki terbabit telah meninggal dunia dan pemeriksaan fizikal terhadap si mati juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, jiran memaklumkan pesara polis itu tinggal bersendirian dan tidak kelihatan keluar dari rumah sejak empat ke lima hari, sebelum bau busuk mula dihidu dari kediaman berkenaan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Melaka mendapati punca kematian mangsa disebabkan masalah jantung.

Katanya, polis sedang berusaha untuk mengesan dan menghubungi waris mangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img