REJIM Zionis hari ini mendakwa serangan udara mereka berjaya membunuh jurucakap popular Hamas, Abu Ubaida.
Perdana Menteri Israel yang juga penjenayah antarabangsa, Benjamin Netanyahu berkata, mereka tidak tahu apa hasil akhir serangan itu tetapi percaya Abu Ubaida telah dibunuh dalam operasi bersama tentera Israel dan Pasukan Perisikan Israel Shin Bet.
Sementara sumber Palestin memberitahu Al-Arabiya, serangan di kejiranan Rimal, Gaza hari ini telah mensasarkan pangsapuri didiami Abu Ubaida. Semua penghuni di dalamnya terbunuh.
Sumber itu berkata, ahli keluarga Abu Ubaida dan Briged Al-Qasam mengesahkan kematian Abu Ubaida selepas memeriksa jenazahnya.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Hamas berhubung pembunuhan Abu Ubaida oleh Israel.
Abu Ubaida popular dalam kalangan umat Islam kerana beliau merupakan jurucakap Briged Qasam. Beliau muncul membuat kenyataan media dengan mengenakan keffiyah di kepalanya.
Sementara itu Briged al-Qasam mengumumkan kematian Panglima perangnya, Mohammed al-Sinwar yang juga saudara bekas pemimpin Hamas, Allahyarham Yahya al-Yaum.
Pengumuman dibuat tiga bulan selepas Israel mendakwa telah membunuh beliau dalam serangan udara.


