Diludah ketika minta hutang punca lelaki dibunuh kejam

POLIS Indonesia membongkar satu kes pembunuhan membabitkan penemuan satu mayat berbungkus dalam plastik yang ditemukan di Jambatan Tol, Kampung Bunder, Kelurahan Bunder, Kecamatan Cikupa, wilayah Banten, Indonesia.

Siasatan polis mendapati pelaku dikenali sebagai SA, 30, membunuh kejam Danu Warta Saputra, 21, kerana sakit hati.

“Suspek tidak puas hati kerana diludah Danu ketika dia menuntut hutang berjumlah 500,000 rupiah (RM124).

“Dia yang berang bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau dapur ketika dia sedang tidur di rumah sewanya pada 14 November lalu.

“SA turut menekup muka Danu dengan bantal hingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam karung dan plastik berwarna hitam,” kata Kombes Pol, Andi Muhammad Indra Waspada Amirullah pada Khamis, lapor Agensi.

Suspek turut membuang barang bukti berupa pisau di kawasan Pasar Kemis, Tangerang dan melarikan motosikal milik mangsa yang kemudiannya dijual dengan harga 5 juta rupiah (RM1,241).

Difahamkan, mayat Danu ditemui kira-kira empat hari selepas dia dibunuh.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img