Lelaki terkulai dalam kenderaan, maut dipercayai ditembak

BEBERAPA video tular memaparkan seorang lelaki terkulai tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai maut ditembak.

Difahamkan kejadian berlaku di sekitar Taman Mesra Indah, di sini sekitar jam 9 malam tadi, dengan beberapa saksi mendakwa terdengar bunyi beberapa das tembakan dilepaskan.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang pengesahan mengenai kejadian itu, lapor Berita Harian.

Sementara itu, tinjauan mendapati pasukan anjing pengesan (K9) dan forensik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai ibu mangsa tidak mampu menahan sebak sebaik mendapat tahu anaknya maut ditembak.

Wanita itu tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.15 malam bersama beberapa individu lain dan mahu melihat keadaan mangsa, namun dihalang anggota polis bertugas.

“Itu anak saya… anak saya,” katanya dalam keadaan sedih sebelum ditenangkan anggota polis bertugas dan orang awam di lokasi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img