Hajiji Noor angkat sumpah Ketua Menteri Sabah penggal kedua

TEKA-teki  siapa Ketua Menteri  selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan tiada parti mendapat majoriti mudah menubuhkan kerajaan berakhir apabila Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan itu untuk penggal kedua pada pukul 3.05 pagi ini.

Hajiji, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu.

Turut hadir Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali juga Timbalan Setiausaha Agung GRS, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh dan Setiausaha Sulit Musa iaitu Izharuddin Jalaludin.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi menyaksikan Hajiji menandatangani dokumen berkaitan.

Mengikut keputusan rasmi, GRS mendahului pesaing dengan memperolehi 29 kerusi manakala pencabar terdekatnya iaitu Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) (6), UPKO (3) dan STAR (2).

Sebanyak 73 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img