AGC fail permohonan kaji semula, teliti perintah pelepasan Najib

JABATAN Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengkaji semula dan meneliti perintah pelepasan yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Negara Tan Sri Dusuki Mokhtar dalam satu kenyataan hari ini.

“AGC juga memohon suatu perintah pelepasan yang baru supaya selaras dengan perintah pengampunan yang diberikan Yang di-Pertuan Agong,” katanya bagi mengulas perkembangan isu perintah pelepasan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah pelepasan itu selepas denda RM50 juta dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO tersebut dibayar melalui dana solidariti dilancarkan parti terbabit, yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Bagaimanapun, AGC kemudian mengambil tindakan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib sementara menunggu penelitian terhadap pengampunan bersyarat dan perintah pelepasan itu kerana ia membabitkan persoalan undang-undang rumit serta memberi kesan terhadap pelaksanaan pengampunan diraja dan perintah mahkamah.

AGC menjelaskan permohonan itu bukan bertujuan mempertikaikan pengampunan bersyarat diberikan, sebaliknya untuk mendapatkan penjelasan berhubung kesan undang-undang perintah pelepasan berkenaan.

Jabatan itu berkata, perkara berkenaan melibatkan ‘persoalan undang-undang yang rumit’ yang mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan pengampunan diraja dan perintah mahkamah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here