‘’Terlalu awal’’ – komen PM soal desas-desus rombakan Kabinet

PERDANA  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata belum tiba masanya untuk mempertimbangkan rombakan Kabinet, susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berakhir pada 11 Dis ini.

“Terlalu awal,” demikian kata beliau ringkas, ketika ditanya sama ada kerajaan akan melaksanakan rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, di sini.

Amir Hamzah dilantik sebagai senator pada 12 Dis, 2023 dan serentak dilantik sebagai Menteri Kewangan II.

Terdahulu Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar, sekiranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here