Ahli perniagaan bergelar Tan Sri didakwa tipu Datuk Seri RM10 juta

SEORANG ahli perniagaan bergelar Tan Sri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri membabitkan kerugian RM10 juta, tahun lalu.

Tan Kean Soon, 62, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menipu dan memperdaya Keh Chuan Seng, 55, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM5.5 juta dan SG$1.5 juta melalui seorang rakan mangsa.

Tertuduh didakwa memperdaya mangsa dengan mendakwa mampu membantu menyelesaikan masalah akaun bank peribadi dan syarikat mangsa yang dibekukan pihak polis, selain menyelesaikan siasatan polis berkaitan pengubahan wang haram (AMLA).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Kuchai Lama, Dataran Maybank Bangsar, Hotel Pavilion dan Kampung Pandan di sini, antara 23 hingga 25 Mac 2025, lapor Buletin TV3.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here