Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terperdaya pelaburan kripto

JANJI pulangan lumayan menerusi pelaburan mata wang kripto berakhir dengan kerugian RM1.25 juta selepas seorang ahli perniagaan dipercayai diperdaya sindiket penipuan sejak Januari tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima laporan berhubung kes itu pada 10 Julai lalu membabitkan seorang lelaki tempatan.

Menurutnya, kejadian bermula sekitar Januari 2025 apabila mangsa berusia 45 tahun diperkenalkan kepada beberapa individu yang menawarkan peluang pelaburan mata wang kripto dengan menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.

“Bagi meyakinkan mangsa, beberapa sesi penerangan telah diadakan sebelum mangsa bersetuju untuk menyertai pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, antara 28 Mac hingga 17 April 2025, mangsa melakukan beberapa transaksi pemindahan aset digital ke dompet digital yang diarahkan suspek.

“Bagaimanapun, mangsa gagal memperoleh sebarang pulangan seperti yang dijanjikan selain tidak dapat mengeluarkan semula modal pelaburan yang telah dibuat,” katanya.

Mohd Alwi berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis selepas menyedari dirinya dipercayai ditipu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa atau pulangan tetap yang tidak munasabah.

Menurutnya, orang ramai disaran membuat semakan latar belakang syarikat, platform dan individu yang menawarkan pelaburan serta mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Elakkan membuat pemindahan wang atau aset digital kepada individu atau akaun yang kesahihannya tidak dapat disahkan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img