Ahmad Samsuri sifatkan pelantikan sebagai Pengerusi PN satu tanggungjawab baharu yang amat besar, berat dan mencabar

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tanggungjawab baharu yang dipikulnya amat besar, berat dan mencabar terutama dalam suasana pengharapan tinggi diberikan pelbagai pihak serta rakyat kepada gabungan itu.

Menurut Naib Presiden Pas itu, pihaknya mahu PN menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosio-ekonomi.

“Saya akan berbincang dengan kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN untuk mengadakan mesyuarat MPT PN bagi menentukan pelantikan jawatan sebagaimana keperluannya dalam Perlembagaan PN.

“Apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik ini, melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri turut mengucapkan penghargaannya kepada kepemimpinan PN kerana memberikan kepercayaan dan amanah padanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat baktinya memimpin gabungan itu sejak mula penubuhannya bersama kepemimpinan MPT PN sehinggalah gabungan itu dapat bergerak cemerlang serta mampu memenangi kerusi yang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Terdahulu, MPT PN sebulat suara bersetuju melantik Ahmad Samsuri mengetuai gabungan itu menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan 1 Januari lalu manakala Muhyiddin kini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi gabungan itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img