SPRM tahan bekas pengarah syarikat telekomunikasi disyaki beri rasuah kira-kira RM8juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM8 juta kepada Presiden/Pengarah Urusan Kumpulan sebuah bank sebagai balasan membantu meluluskan permohonan pinjaman.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012.

“Suspek juga dipercayai telah mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan dokumen ‘Joint Completion Guarantee’ sebagai memenuhi syarat kelulusan permohonan pinjaman berjumlah kira-kira RM400 juta untuk membiayai sebuah projek fiber optik,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur esok.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img