Akibat mulut celupar, orang ramai rosakkan rumah anggota DPR….replika patung ‘Iron Man’ turut ‘diangkut’

KECELUPARAN seorang Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia Ahmad Sahroni mengundah padah apabila dua buah rumah milik beliau diserbu dan dirosakkan oleh orang ramai, malam tadi.

Kedua-dua rumah itu yang terletak di Tanjung Priok, Jakarta Utara menjadi sasaran kemarahan orang ramai berikutan kenyataan Ahmad Sahroni bahawa mereka yang mendesak supaya DPR dibubarkan sebagai ‘orang tolol sedunia’’.

Ahmad Sahroni

“Mental (fikiran) manusia yang begitu adalah mental (fikiran) manusia tertolol sedunia. Catat nih, orang yang cuma mental (fikiran) bilang (cakap)  bubarin (bubar) DPR, itu adalah orang tolol sedunia,” kata Ahmad Sahroni  ketika membuat lawatan kerja di Polis Daerah Sumatera Utara, pada 22 Ogos lalu.

Turut dirosakkan oleh orang ramai ia kereta  Lexus dan Tesla yang diletakkan di garaj rumah berkenaan.

Selain itu orang ramai juga mengambil barang-barang berharga milik Ahmad Sahroni termasuk jam tangan, beg tangan mewah serta koleksi replika patung Iron Man. Malah turut ‘diangkut’ ialah kelengkapan rumah seperti meja, almari dan barangan lain.

Salah seorang penduduk di situ berkata, orang ramai mula menyerbu rumah Ahmad Sahroni sejak selepas waktu Asar.

Sebelum ini, Ahli DPR juga berkata, beliau tidak kisah Alamat rumahnya disebarkan dalam media sosial berikutan kenyataan kontroversi yang dibuat berkaitan demonstrasi oleh mahasiswa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img