Dua adik beradik bersama ibu saudara ditemukan mati di Port Dickson

DUA adik beradik dan ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung, Port Dickson semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Port Dickson pada jam 12.20 tengah malam mengenai kematian kesemua mangsa.

“Siasatan awal dijalankan mendapati, dua mayat dijumpai di bahagian ruang tamu dan satu lagi di atas katil bilik tidur.

“Ketiga-tiga mayat berada dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian yang mana dua mangsa berusia lingkungan 38 tahun manakala seorang lagi 56 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata,  seorang dikenal pasti mempunyai penyakit kronik manakala seorang lagi merupakan orang kurang upaya sindrom.

‘’ Kesemua mereka mempunyai pertalian keluarga iaitu lelaki dan wanita berusia lingkungan 38 tahun itu adalah adik-beradik manakala seorang lagi wanita merupakan ibu saudara.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh kesemua mangsa tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah. Selain itu tidak ada kesan geledah rumah atau kehilangan barang peribadi mangsa,” katanya.

Alzafny memberitahu  kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk siasatan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan pada Selasa ini.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img