Aliran trafik makin sesak selepas berbuka, peningkatan kenderaan balik kampung

ALIRAN trafik di lebuh raya utama negara semakin sesak selepas waktu berbuka puasa malam ini susulan peningkatan kenderaan yang memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan ketara dikesan di Plaza Tol Gombak dengan barisan kenderaan dilaporkan mencecah hingga ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Batu Caves.

“Bagi arah utara pula, keadaan trafik dari Rawang Selatan ke Bukit Beruntung dilaporkan hampir tidak bergerak,” katanya ketika dihubungi media malam ini.

Menurut jurucakap LLM, kesesakan di laluan berkenaan turut disebabkan kemalangan di Kilometer 429.7 arah utara (Sungai Buaya ke Bukit Beruntung) yang menghalang lorong kecemasan.

Katanya, beberapa lagi lokasi kesesakan dikesan di laluan Gua Tempurung ke Gopeng, Bukit Berapit ke Changkat Jering serta Permatang Pauh ke Bertam bagi arah utara.

Bagi laluan ke selatan, LLM memaklumkan, trafik perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam, manakala bagi pengguna ke Pantai Timur aliran trafik perlahan dari Gombak ke Bukit Tinggi serta Lentang ke Bentong.

LLM menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat hingga awal pagi esok berikutan pertambahan pergerakan kenderaan sempena Aidilfitri.

“Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak konsesi serta memastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 atau paparan CCTV trafik di laman web rasmi agensi berkenaan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img