PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan kebimbangan utama beliau dalam hal ehwal antarabangsa iaitu keperluan untuk mengembalikan kewarasan dalam kalangan pemimpin politik dengan menekankan walaupun rantau ini masih agak stabil, rantau lain di dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran.
Oleh itu menggesa supaya politik antarabangsa dipraktikkan dengan lebih berhemah dan mata serta memulihkan kewarasan dalam kalangan pemimpin dunia.
“Semoga Allah memberi kita kekuatan dan iltizam untuk berusaha lebih keras bagi mengekalkan kewarasan, bukan sahaja di sini tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Kebimbangan utama saya mengenai politik antarabangsa, yang saya tidak mahu sentuh sekarang ialah terdapat keperluan untuk mengembalikan kewarasan dalam kalangan pemimpin politik. Mungkin tidak terlalu diperlukan di rantau ini, tetapi di rantau lain,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Luar bersama Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Pelan Strategik Kementerian Luar 2026-2030 yang menjadi kerangka panduan bagi penglibatan berterusan Malaysia dengan negara lain, organisasi antarabangsa dan pihak berkepentingan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Perdana Menteri memuji Kementerian Luar (Wisma Putra) atas dedikasi dan profesionalisme dipamerkan terutama semasa Malaysia memimpin ASEAN tahun lepas.
Anwar turut memuji Wisma Putra atas prestasi cemerlang, di samping menyatakan bahawa lawatan rasmi ke luar negara telah membawa manfaat nyata kepada negara.


