Wanita dakwa rakan serumah meraba bahagian sulit ketika tidur

SEORANG wanita mendakwa dicabul rakan serumahnya ketika dia sedang tidur dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Sentul, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 19 Februari kira-kira jam 1.49 pagi.

Menurutnya, mangsa berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pengurus hotel di Kuala Lumpur memaklumkan dia terjaga daripada tidur selepas menyedari seorang lelaki menyentuh bahagian sulitnya.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun merupakan penyewa bilik di rumah yang sama. Suspek dipercayai melarikan diri selepas mangsa menjerit sebaik menyedari perbuatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img