APAD batal lesen syarikat pengangkutan terlibat kemalangan maut di Segamat

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali sebuah syarikat pengangkutan yang terlibat dalam insiden sebuah treler melanggar van sehingga menyebabkan tiga maut di persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu dekat Segamat pada 2 April lepas.

Dalam satu kenyataan APAD berkata Mesyuarat Jawatankuasa Penggantungan dan Pembatalan Lesen (JPPL) semalam, memutuskan syarikat MFG Barokah Enterprise LA gagal memenuhi syarat lesen

‘’Hasil siasatan mendapati syarikat gagal mematuhi Perkara 30 Keperluan Tahap Perkhidmatan termasuk dalam mematuhi Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP), selain gagal memastikan kenderaan diselenggara dengan baik,’’ kata APAD dalam kenyataan.

Selain itu, menurut APAD, syarikat itu  juga gagal mengawal dan menjaga kelakuan pemandu yang turut gagal mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya lain dan mempunyai rekod pemanduan melebihi had laju yang dibenarkan.

“Sehubungan dengan itu, selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Akta 715, APAD memutuskan untuk membatalkan Lesen Pengendali 202303040540 (syarikat berkenaan) berkuat kuasa hari ini,” kata agensi itu.

APAD menjelaskan bahawa dengan pembatalan tersebut, syarikat berkenaan tidak lagi dibenarkan untuk mengendalikan atau menawarkan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah Lesen Pengendali itu.

‘’Semua pengendali berlesen wajib mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sehingga boleh menyebabkan lesen dibatalkan.

‘’APAD kekal komited dalam memastikan sistem pengangkutan awam darat yang holistik, cekap, efisien, selamat dan berdaya saing demi manfaat rakyat, selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI, iaitu kesejahteraan dan ihsan,’’ kata kenyataan ituu.

Dalam kejadian itu, tiga individu termasuk sepasang suami isteri maut, manakala dua lagi cedera selepas sebuah treler melanggar bahagian belakang van dinaiki mangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img