AS-Iran semakin hampir capai perjanjian tamatkan konflik Asia Barat

AMERIKA Syarikat (AS) dan Iran kini berada pada kedudukan paling hampir untuk mencapai perjanjian bagi menamatkan konflik di Asia Barat.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pada Jumaat berkata, rundingan yang membawa kepada persefahaman antara kedua-dua negara itu menunjukkan perkembangan positif dan hanya menunggu pemuktamadan.

“Memorandum Persefahaman Islamabad tidak pernah berada pada tahap yang lebih hampir untuk dimeterai,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Beliau merujuk kepada ibu negara Pakistan itu yang sebelum ini menjadi lokasi beberapa siri rundingan antara AS dan Iran.

Araghchi turut menggesa media supaya tidak membuat spekulasi berhubung kandungan perjanjian berkenaan sementara proses pemuktamadan masih berlangsung.

“Sehingga ia dimuktamadkan, media perlu mengelakkan sebarang spekulasi mengenai kandungannya,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media Iran menyiarkan butiran yang didakwa berkaitan kandungan perjanjian berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img