Azmin, Faizal Azumu dan Radzi antara pemimpin Bersatu hadir perjumpaan khas di rumah Muhyiddin

KEDIAMAN Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sekali lagi menjadi tumpuan apabila satu perjumpaan khas melibatkan pemimpin parti itu dijadualkan berlangsung malam ini.

Antara pemimpin parti yang dilihat hadir ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dua Naib Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr Radzi Jidin.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu yang berpagar serta berpengawal.

Difahamkan, pertemuan berkenaan turut diadakan bersempena menyambut kedatangan Ramadan.

Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan memaklumkan bahawa satu perjumpaan khas melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijadualkan berlangsung di kediaman Muhyiddin pada Ahad iaitu malam ini.

Perjumpaan itu diadakan ketika pertelagahan kepimpinan dalam Bersatu dilihat semakin memuncak, khususnya susulan desakan dan ketegangan yang semakin ketara antara kem Presiden parti dan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img