Bangsa Johor bersuara..BN berpesta…PH kecewa…PN merana

BANGSA Johor bersuara apabila memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini apabila memastikan 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik parti itu.

Sehingga pukul 11.17 malam ini, BN secara tidak rasmi menguasai 48 kerusi tersebut. 

Jumlah itu kerusi melebihi 40 kerusi yang dimenangi dalam PRN 2022. Selain kemenangan bergaya Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Machap dengan majoriti 15,375 undi, BN juga menang di 47 kerusi lain untuk memusnahkan impian Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Johor.

Lebih menarik, BN merampas 3 kerusi milik Perikatan Nasional (PN) dan 5 kerusi milik Pakatan Harapan (PH) termasuk tiga kerusi DAP . 

PH yang turun ke gelanggang dengan semangat berkobar-kobar melalui slogan ‘Johor Untuk Semua’ hanya menang lapan  kerusi daripada 56 kerusi ditandingi termasuk kejayaan bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik di DUN Puteri Wangsa. Tujuh lagi kerusi  PH dimenangi oleh DAP (enam kerusi) dan Amanah (1 kerusi).

Keputusan itu sudah tentulah mengecewakan PH yang gagal mempertahankan  kemenangan 13 kerusi pada PRN Johor 2022.

Perikatan Nasional (PN) yang bertanding 33 kerusi  pula gagal mempertahankan tiga kerusi yang dimenangi pada PRN 2022 apabila tewas di Endau, Maharani dan Bukit Kepong.  Pas mewakili PN di Endau dan Maharani manakala Pengerusi PN Johor Datuk Dr.Sahruddin Jamal  di Bukit Kepong.

Kegagalan PN itu khususnya di Bukit Kepong yang terletak dalam Parlimen Pagoh adalah tamparan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memandangkan beliau adalah Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Dalam PRN tersebut, Bersatu bertanding 16 kerusi , Pas (11 kerusi) dan MIPP (5 kerusi). Sementara itu parti-parti lain turut tewas  iaitu MUDA yang bertanding 4 kerusi, BERSAMA (15 kerusi), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Orang Asli Malaysia masing-masing.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img