SEORANG maut selepas bas ekspres yang membawa 19 penumpang termasuk pemandu terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda jalan awal pagi tadi.
Kejadian berlaku di Kilometer 293.4 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berhampiran Putra Mahkota-Southville City, Kajang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.57 pagi.
Katanya, sebanyak 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bangi dibantu BPP Seri Kembandan KLIA tiba di lokasi kejadian pada jam 3.15 pagi.
“Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Cina berumur 59 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, 18 lagi mangsa mengalami kecederaan dan tiga daripadanya dikeluarkan oleh anggota bomba manakala selebihnya berjaya keluar sendiri.
“Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan daripada pihak KKM dan Unit EMRS di lokasi kejadian,” tambahnya.


