Bekas CEO Felda FIC didakwa esok, bekas Pengurus Besar Felda dtuduh Rabu ini

BEKAS  ketua pegawai eksekutif (CEO) FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), yang sebelum ini disiasat berkaitan penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, individu itu akan dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Sementara itu,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa SPRM telah mendapat izin untuk mendakwa bekas CEO berkenaan.

Pada 25 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata individu itu akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata seorang lagi individu, yang juga bekas pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang dijangka didaftarkan di mahkamah pada Rabu ini.

Siasatan KLVC adalah sebahagian daripada tujuh kertas siasatan membabitkan FELDA dan FIC, iaitu enam kertas siasatan baharu serta satu siasatan lama.

Siasatan berkenaan memberi tumpuan terhadap pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here