Guru direman tujuh hari disyaki ‘sentuh’ pelajar lelaki

SEORANG guru lelaki berusia 48 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek ditahan kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 19 November lalu.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menghadiri program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di sebuah premis penginapan kursus di Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

“Susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 48 tahun pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sharudin berkata, permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 November ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here