Belanjawan 2026: Meningkatkan kualiti hidup, Mengukuhkan ekonomi rakyat

Komitmen kerajaan untuk mengimbangi antara pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup setiap lapisan masyarakat serta memperkukuh daya tahan ekonomi, menjadi teras utama dalam Belanjawan 2026.

Bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’, peruntukan sebanyak RM419.202 bilion dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi negara serta memastikan kekayaan negara dapat dinikmati secara saksama oleh semua golongan masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan MADANI membuktikan iltizam kerajaan dalam memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional secara menyeluruh.

“Menghampiri tiga tahun pentadbiran MADANI, reformasi serta pembaharuan yang berani dan tuntas telah kita laksanakan, dan mula menghasil anjakan yang membanggakan terutamanya pada siling pertumbuhan negara dan lantai kesejahteraan rakyat,” katanya ketika membentangkan belanjawan negara itu di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2026 adalah belanjawan keempat yang dibentangkan kerajaan MADANI pimpinan Anwar, dan yang pertama bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img