KADAR gaji minimum akan dinaikkan kepada RM2,000 berbanding RM1,700 ketika ini, berkuat kuasa Jun tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu beban kos sara hidup berbangkit kerana pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan.
“Oleh itu, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000.
“Kadar ini berkuat kuasa Jun 2027,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.





