KERAJAAN bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sepanjang 2027 bagi peminjam yang berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peminjam yang memperoleh pendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan pula hanya perlu membuat bayaran balik minimum sebanyak RM50 sebulan.
“Pelaksanaan langkah berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini..
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif itu menetapkan kelonggaran bayaran balik mengikut kategori pendapatan peminjam, dengan penangguhan diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM2,500 ke bawah, manakala peminjam dalam julat pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 hanya diwajibkan membayar sekurang-kurangnya RM50 sebulan.





