Ben-Gvir menteri paling kejam di Israel beri amaran aktivis flotilla akan dilayan seperti pengganas

Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir yang dianggap menteri paling jahat dan kejam terhadap rakyat Palestin menolak sebarang jangkaan daripada aktivis flotilla yang ditahan bahawa mereka akan dilayan secara kemanusiaan atau diplomatik.

Katanya, ‘’jika ada antara mereka yang menyangka mereka akan tiba di sini dan disambut dengan permaidani merah serta sambutan meriah – mereka silap.” – lapor portal Israel Hayum.

Aktivis yang  dipindahkan ke Penjara Ketziot di selatan Israel, telah dilabel oleh Ben-Gvir sebagai “penyokong keganasan”, dan menyamakan tindakan mereka dengan keganasan itu sendiri.

“Sesiapa yang menyokong keganasan adalah seorang pengganas, dan mereka layak menerima layanan seperti pengganas,” kata Ben-Gvir, sambil menegaskan bahawa tiada layanan istimewa akan diberikan.

Menteri Sayap Kanan Israel, Itamar Ben Guir datang ke Port Ashdod, Tel Aviv malam tadi untuk melakukan provokasi ke atas aktivis flotilla yang ditahan tentera Zionis.

Katanya beliaiu gembira dengan layanan diberikan oleh polis Israel ke atas aktivis-aktivis yang ditahan ketika cuba memasuki Gaza bagi menghantar bekalan makanan.

‘’Adalah lebih baik jika mereka benar-benar merasai sendiri keadaan di Penjara Ketziot, dan berfikir dua kali sebelum mendekati Israel lagi. Itulah prosedur operasi kami.”

Kelmarin beliau mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa apabila menuduh aktivis flotilla yang ditahan sebagai pengganas ketika melawat mereka.

Ben-Gvir juga pernah mencadangkan agar salah seorang peserta flotila yang ditahan sebagai pengganas, namun masih tidak jelas sama ada cadangan itu telah dilaksanakan atau tidak.

Ia memandangkan individivu yang dimaksudkan ole Ben-Gvir ialah aktivis kemanusiaan terkenal Greta Thunberng yang kini berada dalam tahanan Israel .

Kementerian Sweden mengesahkan penganiayaan terhadap Greta Thunberg ketika dalam tahanan Israel iaitu dipaksa mencium bendera Israel dan dibalut dengan bender aitu.

⁠ “Dia dimaklumkan Greta mengalami dehidrasi… makanan dan air yang tidak mencukupi, Dia telah mengalami ruam… kemungkinan disebabkan oleh pepijat”,’’ kata Kementerian berkenaan.

Sementara itu  Ben-Gvir juga menolak sebarang perjanjian dengan Hamas yang dianggap sebagai organisasi pengganas.

‘’Oleh itu, berikutan perkembangan terkini, saya dan Parti Otzma Yehudit telah dengan jelas memberitahu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu:

‘’Jika, selepas pembebasan semua tebusan, organisasi pengganas Hamas masih wujud, Otzma Yehudit tidak lagi akan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

‘’Kami tidak akan menjadi sebahagian daripada kekalahan nasional yang akan menjadi aib di peringkat global, dan yang akan menjadi bom masa untuk pembunuhan  seterusnya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img