‘’Pertelingkahan terbuka dedahkan kelemahan umat,bangsa’’  – Sultan Selangor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, apa jua isu yang timbul hendaklah diselesaikan melalui perbincangan secara tertutup, dengan semangat saling menghormati dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Titah baginda, janganlah perkara-perkara yang boleh diselesaikan secara baik dibawa ke ruang awam sehingga mencetuskan pertelingkahan terbuka yang akhirnya hanya mendedahkan kelemahan umat dan bangsa kepada pandangan umum.

‘’Apabila kita bertengkar secara terbuka, pihak lain akan melihat kelemahan tersebut dan tidak mustahil ada yang mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku. Jika keadaan itu dibiarkan, tiada siapa yang akan benar-benar menang,’’ titah  baginda melalui Facebook Selangor Royal Office sempena sambutan Ma’al Hijrah 1448.

Beta beritah  peristiwa hijrah yang menjadi titik permulaan takwim Islam, bukan sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi merupakan simbol perubahan ke arah lebih baik, serta penyatuan ummah dalam menghadapi pelbagai cabaran.

‘’Sehubungan itu, Beta ingin mengulangi nasihat dan pesanan yang sering Beta tekankan agar umat Islam sentiasa mengutamakan perpaduan.

‘’Beta masih mengingati pesanan Almarhum Ayahanda Beta yang sering menasihatkan supaya kita tidak “wash dirty linen in public”. Maksudnya, jika terdapat sebarang masalah, perbezaan pandangan atau perkara yang perlu diperbetulkan, maka suarakanlah dengan penuh hikmah dan adab. Jika mahu memberi nasihat atau teguran, lakukanlah dengan cara yang baik dan berhemah,’’ titah baginda.

Sehubungan itu sempena Ma’al Hijrah Sultan Sharafuddin bertitah menyeru umat Islam bersama-sama mengambil semangat hijrah untuk memperkukuhkan perpaduan, memperbanyakkan sikap toleransi, serta mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.

‘’Semoga tahun baharu 1448 Hijrah ini membawa keberkatan, keamanan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat serta menjadi titik permulaan kepada usaha memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan umat Islam dan seluruh masyarakat,’’ titah baginda.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img