Bergaduh di balai polis, lima lelaki ditahan

POLIS menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di Balai Polis Meru, Klang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika tiga lelaki hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis.

Beliau berkata, secara tiba-tiba lima lelaki lain datang ke lokasi sebelum tercetus perbalahan antara kedua-dua pihak.

“Dalam kejadian itu, seorang daripada kumpulan lima lelaki terbabit memukul pengadu menggunakan sebatang besi. Kekecohan turut menyebabkan sebuah televisyen di balai polis mengalami kerosakan sebelum semua suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil tindakan pantas polis, lima lelaki berusia antara 28 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 427 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

“Semua suspek direman tiga hari sehingga 5 Mac bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Pada masa sama, polis giat mengesan beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan.

Vijaya berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan kerana ia membabitkan gangguan ketenteraman di balai polis.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img