Cuba elak JPJ, pemandu Alphard ditahan dengan 20 saman AES

CUBAAN seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard meloloskan diri daripada ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal apabila dia berjaya ditahan dalam operasi di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dipercayai cuba menyembunyikan kenderaannya di tepi bangunan bagi mengelak dikesan anggota penguat kuasa.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, bagaimanapun tindakan lelaki itu berjaya dihidu anggota JPJ Alor Setar sebelum dia ditahan selepas cuba melarikan diri sejauh lebih satu kilometer (km) hingga ke belakang sebuah bank di lebuh raya berkenaan.

“Hasil semakan mendapati kenderaan itu mempunyai lebih 20 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak bernilai lebih RM6,000.

“Selain itu, kenderaan terbabit juga tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans yang sah,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu memberi alasan saman berkenaan baru muncul tahun ini menyebabkan dia terkejut dan berharap diberikan tempoh untuk menjelaskan bayaran.

Bagaimanapun, katanya, tindakan penguatkuasaan tetap diambil terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya.

“Kenderaan itu akhirnya disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img