Curi tabung surau, tiga remaja termasuk dua pelajar ditahan di Segamat

BELUM lagi habis pelbagai pihak memperkatakan kes rogol pelajar di Melaka, di Segamat lain pula ceritanya tetapi turut melibatkan pelajar.

Ia berikutan tangkapan ke atas tiga remaja lelaki dua daripadanya masih bersekolah oleh polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian curi tabung surau di Kampung Tanjung Sekawang di Segamat baru-baru ini.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata pihak polis menerima aduan mengenai perkara tersebut daripada pengerusi surau berkenaan pada 3 Oktober lalu.

“Berdasarkan aduan yang diterima tabung surau yang dicuri dianggarkan berisi wang berjumlah RM200. Bertindak atas makluman risikan, polis kemudiannya berjaya memberkas ketiga-tiga remaja berusia 13 hingga 15 tahun itu di lokasi berbeza sekitar Segamat. Ketika ditahan, polis turut merampas tabung surau yang disyaki dicuri,” katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati negatif dan dua daripada mereka masih bersekolah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian boleh dihukum dengan penjara dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.

“Kesemua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img