Dengar teguran jujur, elak pentadbiran dikelilingi pengampu – Hadi Awang

KERAJAAN diingatkan supaya tidak bergantung kepada penasihat yang sekadar mengampu pemimpin, sebaliknya perlu mendapatkan pandangan jujur yang berani menegur kesilapan dalam pentadbiran negara.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, mutu sesebuah kepimpinan amat bergantung pada kualiti individu yang dilantik untuk memberikan nasihat kepada kerajaan.

“Penasihat yang baik bukan sekadar menyokong setiap keputusan kerajaan, tetapi perlu mengingatkan pemimpin apabila berlaku kesilapan dan membantu mereka melaksanakan tindakan yang membawa manfaat kepada negara.

“Kegagalan memberikan teguran ketika diperlukan boleh menyebabkan pemimpin terus melakukan kesilapan. Manakala sikap mementingkan kepentingan sendiri pula boleh menghalang pelaksanaan keputusan yang sepatutnya membantu rakyat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, budaya mengampu berisiko merosakkan sistem pentadbiran apabila individu di sekeliling pemimpin lebih mengutamakan kedudukan dan kepentingan peribadi berbanding tanggungjawab hakiki.

Bagi menguatkan mesej berkenaan, beliau turut berkongsi kisah teladan mengenai seorang raja yang menguji para penasihatnya.

“Saya teringat kisah seorang raja yang menguji para penasihatnya dengan meminta mereka menghidu bau daripada sebuah botol. Kebanyakan penasihat memberikan jawapan yang menyenangkan hati raja, sedangkan hanya seorang berani menyatakan bau berkenaan tidak menyenangkan.

“Perlu bertakwa kepada Allah dalam semua urusan kita,” katanya lagi.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here