Dua remaja maut motosikal dirempuh kereta di Lebuhraya Pan Borneo

DUA remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Suai berhampiran Simpang Alam Bumi, Lebuhraya Pan Borneo di Miri pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Miri.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah Miri menuju ke Bintulu itu disyaki melanggar belakang motosikal dinaiki dua remaja lelaki tu.

“Akibat rempuhan itu, penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di Hospital Miri pada jam 2.30 petang dan 5.44 petang Ahad lalu.

“Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farhan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img