Dua rentung, seorang hilang, 200 rumah atas air terbakar di Kota Kinabalu

DUA rentung manakala seorang lagi hilang dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air di Numbak, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu mereka.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Hannis Moktar, berkata dua mangsa ditemui pasukan bomba ketika memadam kebakaran, manakala operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Kebakaran itu membabitkan rumah atas air tiga kampung, iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

“Anggaran awal mendapati kira-kira 200 rumah terjejas dalam kawasan seluas kira-kira 79m x 116m. Operasi pemadaman, pencarian mangsa dan kerja lain masih diteruskan,” katanya sambil menambah identiti dan status tiga mangsa dalam proses pengesahan.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima 1.40 pagi tadi dan operasi itu membabitkan 44 anggota dari BBP Kota Kinabalu, Lintas, Penampang serta Tuaran, dengan bantuan polis dan Sabah Electricity.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 6.26 pagi tadi daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.”

Katanya, jumlah sebenar rumah musnah masih dalam proses pengesahan, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here