BEKAS penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping, berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya memeluk agama Islam pada Julai lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram yang menerima 1,244 perkongsian, Kimberly menyifatkan keputusan itu sebagai antara detik paling istimewa dalam hidupnya.
“Tidak pernah berasa lebih bangga dengan keputusan yang saya buat pada Julai. Benar-benar antara detik yang paling istimewa. Alhamdulillah,” kongsinya.
Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian warganet yang menyambut baik penghijrahan bekas atlet negara itu.
Kimberly mengakhiri kerjaya dalam sukan terjun pada 2024 selepas hampir 15 tahun mewarnai arena berkenaan. Antara pencapaian beliau ialah Emas Sukan SEA 2023, Kemboja – acara 3m papan anjal wanita dengan 276.30 mata. Ini merupakan pingat emas Sukan SEA pertama beliau





