DEWAN Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu pada sidang media khas di Kompleks Satria Pertiwi di Petra Jaya Kuching sebentar tadi, lapor Buletin TV3.
Pada PRN Sarawak yang diadakan 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Abang Johari mencatat kemenangan besar dengan meraih 76 daripada 82 kerusi dipertandingan.
Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat kerusi, manakala DAP memperoleh dua kerusi.
BERITA LANJUT MENYUSUL





