Empat lelaki terperangkap atas pacuan empat roda ketika paras air banjir naik mendadak

ANGGOTA bomba berjaya menyelamatkan empat lelaki yang terperangkap di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terkandas dalam banjir apabila paras air meningkat secara mendadak pagi ini.

Kejadian mencemaskan itu berlaku di Jalan Penerangan, Sepupok Niah, Sarawak, ketika bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi.

Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah diketuai Awang Azwan bersama lima anggota, sebuah jentera Hilux dan sebuah bot penyelamat digerakkan ke lokasi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kesemua mangsa masih berada di atas bumbung kenderaan sebagai langkah berwaspada mengelak arus deras banjir, lapor Astro Awani.

Keempat-empat mangsa itu kemudian berjaya dipindahkan dalam bot penyelamat sebelum dibawa ke kawasan selamat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar mengelak kawasan rendah dan laluan sering dinaiki air serta sentiasa patuh arahan keselamatan ketika cuaca tidak menentu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img