Penuntut IPT didakwa lakukan persetubuhan di luar tabii terhadap remaja perempuan calon SPM dalam kereta

SEORANG penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli, Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini atas dua pertuduhan melakukan seks oral terhadap kekasihnya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), minggu lalu.

Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Yushakimi didakwa sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan itu dalam sebuah Perodua Myvi di tempat letak kereta Lata Janggut, Jeli pada jam 2.30 petang, 29 November lalu, lapor Sinar Harian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377B Kanun yang sama dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta hendaklah disebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta 792, pesalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan menawarkan jaminan RM20,000 bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Habibah Wahab merayu jaminan itu dikurangkan.

“Tertuduh masih muda dan kini menuntut di semester lima, dua semester lagi untuk tamat pengajian.

“Ibu bapa tertuduh juga hadir pada hari ini dari Ipoh, Perak untuk membayar jaminan,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan pada 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula.

POLIS menahan Perodua Myvi dipandu seorang penuntut IPT yang didakwa di mahkamah hari ini atas dua pertuduhan melakukan seks oral di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan

Media sebelum ini melaporkan seorang penuntut universiti dan pelajar sekolah menengah ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kampung Rabbana, Jeli dipercayai tidak sempat melakukan hubungan tidak bermoral di dalam kereta.

Pasangan kekasih itu ditahan polis yang mengejar kereta dinaiki mereka secara berbahaya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img