Exco Terengganu ditahan SPRM: Pas terbuka untuk disiasat

PAS sentiasa terbuka untuk disiasat mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan laporan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu ditahan agensi itu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu telus untuk sebarang siasatan melibatkan pemimpinnya.

“Pas selalu terbuka untuk sebarang siasatan kepada pimpinan negeri, Ahli Parlimen dan bahkan pimpinan parti.

“Pas terbuka dan telus mengenai semua hal ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Tertinggi Perikatan Nasional (PN) di ibu pejabat Pas Pusat di ibu negara hari ini.

Takiyuddin ditanya mengenai pendirian parti itu berhubung penahanan seorang Exco di Terengganu oleh SPRM.

Media hari ini melaporkan, SPRM Terengganu menahan seorang Exco kerajaan negeri kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

​Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 11.15 pagi ini ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img